Istimewa.

*ISTIMEWANYA PAS*

Ketika bersama Umno katanya penyatuan ummah Melayu dan Islam

Ketika bersama Umno katanya penyatuan Aus dan Khazraj

Ketika bersama Dap katanya Dap itu kafir zimmi

Ketika bersama MCA katanya MCA kawan kita

Ketika bermusuh dengan Umno dikafirkan Umno

Ketika Umno bersama Kerajaan Perpaduan katanya Pakatan AHZAB

Ketika pengikut Ustaz Ibrahim terkorban dikatanya syahid

Ketika bersama Kerajaan PN jumlah cabutan judi ditambah

Ketika bersama Kerajaan PN arak Timah diberi kebenaran pengeluaran.

Ketika bersama Kerajaan PN konsert LGBT dibenarkan

Ketika Kerajaan Perpaduan benarkan konsert artis Barat Haram

Ketika MCA bersama BN katanya seketul daging dalam sekawah gulai babi

Ketika di luar Kerajaan katanya Perlembagaan Penjajah

Ketika mengangkat sumpah MP dan ADUN Perlembagaan itu jugalah dia pertahankan

Pawagam di KELANTAN haram
Pawagam di Terengganu dibolehkan

Haram bagi pihak lain
Halal bagi mereka sendiri

Pihak lain yang bersama ya adalah cerdik dan mendokong Islam

Pihak lain yang tidak bersamanya adalah bodoh dan munafik

Pas Tebuk Atap katanya ikut demokrasi

Kerajaan Perpaduan ditubuhkan katanya luar tabi’e

Bila kita tanya soal hukum kita disuruh mengaji lagi

Bila tiada fakta ketika berhujah kita dimaki hamun

Pas bersama Gerakan dihalalkan
PH bersama Dap Haram.

*Segalanya bagi Pas tiada cacat celanya di pihak mereka. Hanya mereka sahaja yang sayangkan Islam dan Melayu*

*DR. ABU*
Puncak Alam SDE
15 Mei 2023
Isnin 9:05pm